Diasaskan oleh Ustaz Azhar Bin Ramli. Beliau merupakan penceramah agama dan pengkuliah kitab secara talaqi di masjid-masjid.Beliau merupakan seorang pengamal makanan LUBAN bermula tahun 2001 lagi. Kemudianya timbul idea untuk terlibat secara langsung menghasilkan produk berasaskan LUBAN bermula pada awal tahun 2008. Berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang perniagaan herba dan sedikit ilmu berkaitan perubatan islam dan pemakanan Sunnah, beliau terus mengorak langkah menghasilkan produk P’TAR LUBAN terapi minda dan saraf berasaskan LUBAN pada pertengahan tahun 2011.
Khaz Barakah merupakan singkatan daripada Khazanah Azhariyah Barakah yang membawa maksud simpanan atau warisan Herba Azhar yang berkat.
Mula ditubuhkan secara rasmi pada 29 Mei 2011. Khaz Barakah beroperasi sebagai pengeluar utama produk makanan tambahan yang berasaskan Luban, salah satu makanan sunnah yang masyhur diamalkan oleh para ulama' zaman berzaman. Bermula sebagai perusahaan industri kecil-kecilan di rumah dan kini KBE telah mengorak langkah dengan membuat usahasama dengan DZ Trade Sdn.Bhd dan terbaru dengan DZR PHARMA MANUFACTURE bagi urusan pembungkusan dan pembotolan. Ramuan produk P’TAR LUBAN™ dirumus dan diformulasikan oleh Ustaz Azhar Ramli yang diadaptasikan daripada kitab - kitab perubatan Islam yang muktabar. Antaranya kitab “Luqthothul aurod” karangan Tuan Guru Hj Chik dan juga kitab Rahmah Thibbun Walhikmah karangan Imam Sayuti. Menyedari potansi produk ini dan permintaan yang semakin menggalakkan, KBE berusaha untuk meningkat pengeluaran produk daripada 1000 botol sebulan kepada 5000 botol sebulan bermula awal 2018.
Selain itu juga Khaz Barakah sangat menekankan konsep dan etika perniagaan berasaskan sistem muamalat Islam. Oleh sebab itu, KBE menwujudkan satu program Smart Muamalat Syafie (SMS) yang berfungsi sebagai konsultan dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan usahawan muslim berteraskan muamalat islam, menyediakan bimbingan asas ilmu marketing kepada pengedar dan stokis P’TAR LUBAN, seminar online bisnes, program motivasi pelajar, kem daurah kitab turath, menyediakan kertas kerja cadangan penubuhan Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam dan juga mengadakan kursus dan motivasi kepada guru-guru Tadika dan Sekolah Rendah Islam Swasta.
Khaz Barakah Enterprise menjalankan sistem perniagaan “network trading” bagi memasarkan produk yang dikeluarkan oleh KBE sendiri.
Sistem gabungan antara “jaringan” dan “conventional trading” berasaskan sistem ejen menggunakan medium pemasaran online dan offline secara konvensional.Sistem ini bertujuan bagi memastikan perniagaan KBE akan berterusan dan mempunyai legasinya yang tersendiri.
Dengan meletakkan harga yang mesra pelanggan dan mampu milik, KBE lebih memfokuskan kepada perkhidmatan selepas jualan dan perkhidmatan dan latihan kepada pengedar KBE. Harga produk P’TAR LUBAN yang ditawarkan sebotol hanya RM49.00 bagi Semenanjung Malaysia dan RM54.00 bagi Sabah dan Sarawak merupakan harga jualan yang mesra pelanggan dan sangat berpatutan serta mampu milik.
Ini kerana produk P’TAR LUBAN gabungan formulasi untuk rawatan SARAF dan MINDA berkualiti tinggi dan kesan pula sangat menakjubkan pastinya berbaloi dengan harga rendah yang ditawarkan berbanding harga sebenar produk SARAF di pasaran. KBE juga mementingkan maklumbalas daripada para pelanggan dan pengedar bagi membuatkan tanda aras kemajuan dan perkembangan syarikat dari semasa ke semasa.
Tahniah semua kerana terus menyokong kami demi membantu usaha memartabatkan makanan LUBAN dikalangan umat Islam khususnya di Malaysia.
Copyright © 2017 P'tar Luban @ Khaz Barakah Enterprise. All rights reserved | Design edited by Mohd Shamsurie