Pengenalan Luban

  1. LUBAN merupakan makanan herba warisan ulama’ terdahulu yang agak kurang diketengahkan pada masa kini. Namun rahsia kehebatan LUBAN yang luar biasa masih terpahat kukuh dalam lembaran kitab-kitab thurat atau dipanggil kitab tua atau lebih mesra dipanggil kitab kuning.
  2. LUBAN merupakan sejenis getah atau damar yang keluar melalui rekahan pokok yang banyak terdapat di kawasan-kawasan beriklim panas seperti di Oman, Yaman, Syria, Mesir, India, Sri Lanka dan sebagainya.
  3. LUBAN dikenali sebagai Frankincense dalam bahasa inggeris dan terkenal dikalangan masyarakat BARAT sebagai satu pemakanan yang miracle.
  4. LUBAN merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Namun begitu, luban semakin kurang dikenali di kalangan masyarakat Islam mutakhir ini, setelah mana umat islam semakin meminggirkan cara perubatan dan pemakanan Islam.
  5. LUBAN dikenali sebagai Frankincense dalam bahasa inggeris dan terkenal dikalangan masyarakat BARAT sebagai satu pemakanan yang miracle. Cara untuk mendapatkan LUBAN, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Getah resin LUBAN mempunyai pelbagai warna berdasarkan jenis pokok dan tempat. Biasanya pokok LUBAN banyak tumbuh di kawasan India dan Sri Langka daripada jenis frankincess Srata berwarna coklat, kekuningan atau keemas-emasan dan rasanya sedikit pahit berbanding dengan LUBAN jenis green houjary gred terbaik yang berwarna cerah kehijauan banyak terdapat di Oman. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.

NAMA LAIN BAGI LUBAN.


Nama LUBAN berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan secara meluas oleh ulama’ samada dalam kitab perubatan Islam mahupun dalam penggunaan kitab2 feqah dan kitab adab2 menuntut ilmu. Nama LUBAN diambil berdasarkan penggunaan asal oleh Rasulullah saw dalam hadisnya berkaitan khasiat LUBAN kepada ibu mengandung. Seperti direkodkan oleh Imam Sayuti dalam Kitabnya Al Rahmah fi thibb wal Hikmah, daripada Rasulullah SAW, katanya : “Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Riwayat imam Al dailami. Namun begitu, terdapat banyak nama lain yang digunakan secara meluas merujuk kepada LUBAN .

filter_1 OLIBANUM - Terdapat disesetengah tempat di dunia, LUBAN atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal daripada perkataan Arab bermaksud “susu” al lubán. Panggilan ini merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras selepas direndam atau dikunyah resin luban.
filter_2 EILKATUN - Lafaz "eilkatun" juga banyak digunakan dikalangan segelintir masyarakat ARAB merujuk kepada LUBAN yang bermakna gula2 getah.Lafaz "eilkatun" yang digunakan merujuk kpd LUBAN berasal daripada perkataan masdar "a'laka" yang bermaksud mengunyah dan ianya merujuk kepada Luban yang bersifat fizikalnya seperti gula2 getah selepas dikunyah.


filter_3 KUNDUR - Dalam kitab2 byk digunakan nama kundur atau kundur zakari yang merujuk kepada Luban. Antara kitab yang menggunakan lafaz "kundur" dengan makna Luban iaitu:

1. Kitab Ta'lim Muta'lim yang dita'liq oleh Syeikh Abdul Jalil a'tho Al baqari mentafsirkan kundur atau LUBAN ialah spesies drp getah yang memberi manfaat terbaik untuk menghilangkan balaghom, lafaznya dinisbahkan drp bahasa Farsi yang diArabkan. Lafaz kundur tersebut dengan makna LUBAN. Dinaqalkan daripada Imam Baihaqi dalam kitab manaqib Al Syafie, secara mafhumnya direkodkan bahawasanya LUBAN atau kundur banyak digunakan untuk kecerdikan dan kuat daya ingatan. Dan dinaqalkan drp Ibnu Abdul Hakam daripada Al Syafie bahawasanya LUBAN byk digunakan untuk merawat sakit buasir.

2. Dalam kitab Ta'lim Muta'lim yang ditahqiq oleh Syeikh Mustopha A'syur, katanya kundur adalah LUBAN ZAKARI, banyak digunakan oleh orang2 terdahulu untuk merawat sebahagian sakit dada seperti batuk dan lelah atau asma.

3. Dalam Mu'jam kamus Al Munjid lafaz kundur bermaksud LUBAN.

filter_4 NAMA PANGGILAN MELAYU - LUBAN juga sebenarnya amat sinonim diamalkan dikalangan masyarakat melayu dulu kala yang dipelopori oleh para ulama’ Tanah Melayu dan Nusantara. Banyak karangan kitab2 himpunan petua perubatan cara Islam dalam tulisan jawi yang dihasilkan oleh tuan guru di Tanah Melayu. Sebab itu, tidak hairan suatu masa dulu ramai masyarakat melayu khususnya dikalangan pelajar pondok, pesentren dan tahfiz yang beramal dengan LUBAN untuk kecerdasan akal dan kuat daya ingatan.

Ada beberapa nama masyhur LUBAN yang digunakan dalam bahasa Melayu dikalangan para ulama’ dan pengamal perubatan herbal Melayu. Antaranya:

  1. Kemenyan Arab
  2. Kemenyan Serani
  3. Kemenyan Yamani
  4. Kemenyan Putih
  5. Kemenyan Nasroni

Sejarah Luban

Luban atau disebut sebagai kundur zikri dalam bahasa Arab sangat dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda dan kekuatan ingatan berdasarkan beberapa keterangan hadis Rasulullah SAW dan juga keterangan daripada kitab2 para ulama’ muktabar.

LUBAN DI EROPAH

Menurut buku perubatan moden “The Pharmaceutical Journal” Dr. John Boswell bertanggungjawab membuat kajian secara saintifik mengenai penggunaan luban mengikut kaedah perubatan moden. Oleh sebab itu, Luban di namakan sebagai “boswellia” atau pokok boswellia sempena mengingati jasa beliau.

Bagi masyarakat Eropah Luban (Frankincense) menjadi masyhur dikalangan mereka apabila dikatakan tersebut dalam sejarah yang diceritakan daripada kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).

Manakala bagi dunia Barat pula, nama LUBAN sangat terkenal dengan panggilan umum “frankincense” . Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks yang mula diperkenalkan di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.

LUBAN ANJURAN NABI DAN AMALAN PARA ULAMA’ SALAF

Berkongsi keberkatan makanan dan amalan sunnah yg ditinggalkan. Setiap amalan sunnah sebenarnya tersirat rahsia keberkatan yang luar biasa dalam kehidupan manusia samada manusia cuba menyingkapnya atau tidak. Samada amalan berbentuk syariat ataupun amalan pemakanan. Setiap amalan yang disyorkan oleh nabi kita sebenarnya mempunyai hikmah atau rahsia yang besar disebalik suruhan baginda Muhammad s.a.w. supaya dilaksanakan. Berdasarkan situasi dan motivasi tersebut, kami rasa bertanggujawab untuk berkongsi rahsia kehebatan luban,salah satu pemakanan amalan para ulama’ salaf yang kian terpinggir. Kehebatan khasiatnya telah disingkap oleh junjungan besar Nabi kita lebih 1400 tahun yang lampau dalam hadis-hadisnya yg terkandung dalam kitab-kitab perubatan Islam.

Berdasarkan perbahasan di dalam kitab Thib al-Nabawi karangan Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah, LUBAN ini telah menjadi amalan pemakanan para salaf soleh terdahulu. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ali RA secara mawquf iaitu tidak bersambung kepada Nabi SAW:

1. Daripada Saidina Ali RA, beliau berkata:

يُرْوَى عَنْ علي أَنَّهُ قَالَ لِرَجُلٍ شَكَا إِلَيْهِ النِّسْيَانَ: عَلَيْكَ بِاللُّبَانِ، فَإِنَّهُ يُشَجِّعُ الْقَلْبَ، وَيَذْهَبُ بِالنِّسْيَانِ



Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Ali Ra bahawa beliau telah berkata kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya akan sifatnya yang pelupa. Maka Ali RA berkata: Hendaklah kamu mengamalkan luban, kerana ia (luban) menguatkan hati serta menghilangkan penyakit lupa”.

2. Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata:

وَيُذْكَرُ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ شُرْبَهُ مَعَ السُّكَّرِ عَلَى الرِّيقِ جَيِّدٌ لِلْبَوْلِ وَالنِّسْيَانِ


Maksudnya: “Disebutkan daripada Ibn Abbas RA berkata: Sesungguhnya meminumnya (luban) bersama gula ketika perut kosong kerana ia baik untuk kencing tak lawas dan penyakit lupa”.

3. Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata:

وَيُذْكَرُ عَنْ أنس رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ شَكَا إِلَيْهِ رَجُلٌ النِّسْيَانَ، فَقَالَ: عَلَيْكَ بِالْكُنْدُرِ وَانْقَعْهُ مِنَ اللَّيْلِ، فَإِذَا أَصْبَحْتَ، فَخُذْ مِنْهُ شَرْبَةً عَلَى الرِّيقِ، فَإِنَّهُ جَيِّدٌ لِلنِّسْيَانِ


Maksudnya: “Disebutkan daripada Anas bin Malik RA berkata: Seorang lelaki telah mengadu kepadanya (Anas bin Malik RA) berkenaan penyakit lupanya. Maka Anas bin Malik RA berkata: Hendaklah kamu mengamalkan al-Kundur (luban) dan kami rendamkan ia semalaman. Apabila kamu bangun pada waktu pagi maka minumlah sebahagiannya (luban yang direndam itu) ketika perut masih kosong, kerana ia bagus untuk penyakit lupa”.

4. Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai perempuan–perempuan mengandung, perkenalkan olehmu kepada anak-anak kamu LUBAN semasa mereka di dalam perut kamu, kerana sesungguhnya ia dapat MENCERDASKAN AKAL dan MENGUATKAN INGATAN." Kitab Rahmah Thibbun Walhikmah , Imam Sayuti.

5. Amalan Imam Syafie. Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Luban sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Luban masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.

KHASIAT LUBAN YANG DISEBUT OLEH ULAMA’



Antara khasiat luban yg disebut oleh ulama' adalah:


Kesimpulannya, amalan memakan luban ini telah diamalkan oleh para salaf terdahulu bagi tujuan menguatkan ingatan dan ia juga mempunyai beberapa khasiat yang lain.

Maka tidak rugi jika kita mengambil langkah awal untuk penjagaan minda, fizikal, rohani anak-anak kita sejak dari dalam kandungan , sehingga mereka lahir dan membesar dengan pengambilan makanan sunnah yang tiada tandingan dan penuh barokahnya.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita ingatan yang kuat dan juga memberi kita kesihatan yang baik. Amin.

Copyright © 2017 P'tar Luban @ Khaz Barakah Enterprise. All rights reserved | Design edited by Mohd Shamsurie