Biografi Pengasas

ustaz azhar Ptar Luban

Diasaskan oleh Ustaz Azhar Bin Ramli. Beliau merupakan penceramah agama dan pengkuliah kitab secara talaqi di masjid-masjid.Beliau merupakan seorang pengamal makanan LUBAN bermula tahun 2001 lagi. 

Kemudianya timbul idea untuk terlibat secara langsung menghasilkan produk berasaskan LUBAN bermula pada awal tahun 2008. 

Berbekalkan sedikit pengalaman dalam bidang perniagaan herba dan sedikit ilmu berkaitan perubatan islam dan pemakanan Sunnah, beliau terus mengorak langkah menghasilkan produk P'TAR LUBAN terapi minda dan saraf berasaskan LUBAN pada pertengahan tahun 2011.

Info Syarikat

Khaz Barakah merupakan singkatan daripada Khazanah Azhariyah Barakah yang membawa maksud simpanan atau warisan Herba Azhar yang berkat.

Mula ditubuhkan secara rasmi pada 29 Mei 2011.

Khaz Barakah beroperasi sebagai pengeluar utama produk makanan tambahan yang berasaskan Luban, salah satu makanan sunnah yang masyhur diamalkan oleh para ulama' zaman berzaman.

Bermula sebagai perusahaan industri kecil-kecilan di rumah dan kini KBE telah mengorak langkah dengan membuat usahasama dengan DZ Trade Sdn.Bhd dan terbaru dengan DZR PHARMA MANUFACTURE bagi urusan pembungkusan dan pembotolan. Ramuan produk P'TAR LUBANTM dirumus dan diformulasikan oleh Ustaz Azhar Ramli yang diadaptasikan daripada kitab kitab perubatan Islam yang muktabar.

Antaranya kitab "Luqthothul aurod" karangan Tuan Guru Hj Chik dan juga kitab Rahmah Thibbun Walhikmah karangan Imam Sayuti. Menyedari potansi produk ini dan permintaan yang semakin menggalakkan, KBE berusaha untuk meningkat pengeluaran produk daripada 1000 botol sebulan kepada 5000 botol sebulan bermula awal 2018.

Selain itu juga Khaz Barakah sangat menekankan konsep dan etika perniagaan berasaskan sistem muamalat Islam. Oleh sebab itu, KBE menwujudkan satu program Smart Muamalat Syafie (SMS) yang berfungsi sebagai konsultan dalam menyediakan perkhidmatan bimbingan usahawan muslim berteraskan muamalat islam, menyediakan bimbingan asas ilmu marketing kepada pengedar dan stokis P'TAR LUBAN, seminar online bisnes, program motivasi pelajar, kem daurah kitab turath, menyediakan kertas kerja cadangan penubula Tadika Islam, Sekolah Rendah Islam dan juga mengadakan kursus dan motivasi kepada guru-guru tadika.

VISI

  1. Memperkasakan metodologi atau manhaj pengajian turath meliputi semua disiplin ilmu

  2. Memartabatkan ilmu muamalat secara praktikal dalam SOP perniagaan.

  3. Memartabatkan pemakanan dan perubatan cara Islam.

  4. Memartabatkan Luban Di Malaysia.

MISI

  1. Menjadi pelopor dan peneraju kepada produk yang berasaskan LUBAN
  2. Melatih dan membimbing para usahawan tentang ilmu muamalah islam secara bersepadu.
  3. Menjadikan PTAR sebagai satu jenama yang unggul

Matlamat

Menggalakkan semua umat islam kembali kepada pemakanan LUBAN yang sangat bernilai terhadap kesihatan badan dan rohani manusia.

Berusaha untuk mendidik masyarakat supaya mengenali secara mendalam terhadap makanan LUBAN dalam semua aspek samada sisi kesihatan, perubatan dan sebagainya.

Berusaha menjadi syarikat yang mempelopori kembali pemakanan LUBAN yang terkenal sebaris dengan pengeluar pengeluar antarabangsa.