ADAKAH SENAMAN BOLEH MENYEBABKAN SAWAN PADA PESAKIT EPILEPSI?

Senaman biasanya tidak menyebabkan sawan, malah boleh membantu meningkatkan kawalan sawan. 

Tapi, terdapat kes yang jarang berlaku. Sawan terjadi disebabkan oleh aktiviti bersenam. Iaitu epilepsi refleks. Sawan ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai aktiviti, termasuk berlari, berenang, berbasikal, angkat berat, dan seni mempertahankan diri, dan tahap senaman boleh dikaitkan dengan kemungkinan kejadian sawan. 

Sawan kerana bersukan atau beraktiviti fizikal lebih kerap berlaku pada jenis sawan symptomatic focal epilepsy. 

Orang yang ada sawan boleh melakukan aktiviti sukan dengan selamat. Selagi mereka ambil perhatian terhadap perkara yang berisiko. Seperti;

▲Terlalu panas

▲Kurang air

▲Gula darah rendah (hypoglycemia)

▲Sukan yang melibatkan ketinggian, seperti beberapa jenis gimnastik atau menunggang kuda

▲Berenang seorang diri

Senaman ringan seperti yoga, pilates dan senaman pernafasan sangat sesuai jika anda mudah diserang sawan kerana aktiviti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *