13 PERSEDIAAN PESAKIT SAWAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH

Kadang-kadang kita terpaksa mengembara jauh untuk balik kampung, pergi menuntut ilmu, dan bekerja.

Perjalanan yang jauh ini pastilah memenatkan dan meletihkan.

Bagi pesakit sawan, perjalanan yang jauh boleh meningkatkan kebarangkalian terjadinya sawan. Oleh itu, perlu persediaan yang rapi sebelum memulakan perjalanan yang jauh.

Berikut adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan perjalanan.


PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN JAUH OLEH PESAKIT SAWAN

  1. Jangan lupa bawa ubat. Simpan sedikit ubat dalam kotak pil utk dose yg diperlukan ketika dalam tempoh perjalanan dalam bag tangan. Dan bawa selebihnya dalam bagasi. 
  2. Jika anda memandu: Atur masa rehat dengan kerap. Jangan memandu jika anda terlupa ubat, terlalu penat, atau berisiko tinggi untuk sawan.
TAKUT MEMANDU SAWAN


3. Buat rancangan untuk mengelakkan terlalu panas (seperti membawa air tambahan).

4. Pertimbangkan bagaimana keadaan cuaca pada tempat yang dituju. Sesetengah orang sensitif pada cuaca panas atau sejuk. 

5. Rancang bagaimana anda akan mendapat tidur berkualiti yang mencukupi, terutamanya jika merantau keluar negara dan berbeza zon waktu (seperti rehat yang dirancang, merancang untuk tiba di destinasi pada waktu petang lebih dekat dengan waktu tidur, ada persinggahan dan bukannya perjalanan yang panjang dan berterusan..

6. Berhati-hati dengan makanan yang dimakan. Seperti makanan berlemak, terlalu manis, atau terlalu pedas.

7. Pastikan anda makan secara teratur dan tidak mengalami penurunan gula dalam darah.

8. Jika anda sedang buat diet khas, seperti diet ketogenik, pastikan bekal makanan dibungkus dengan baik.

9. Elakkan alkohol. 

10. Jika keadaan air minuman disitu tidak ditapis atau keadaan kurang baik, minum saja air botol, termasuklah untuk memberus gigi (penyakit atau gangguan gastrik boleh meningkatkan risiko sawan).

11. Jika anda sensitif cahaya, elak bergerak waktu malam, kerana mungkin akan silau dengan cahaya dari kenderaan lain.

12. Jika naik kenderaan awam seperti bas, keretapi atau lain2. Pastikan kita ditemani oleh mereka yang tahu mengurus mereka yang diserang sawan. 

13. Jangan lupa bawa Ptar Luban dalam bag tangan. Ptar Luban adalah makanan tambahan bagi bantu pesakit sawan kekal rileks dan terkawal. Ambil 2 biji sebelum mula perjalanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *