3 MAKANAN TERBAIK UNTUK MEREKA YANG ADA SAWAN EPILEPSI
Banyak-banyak organ dalam tubuh badan..
Organ mana yang paling lapar?
Otak.
Otak tidak pernah berehat. Kerana itu, otak perlukan nutrisi yang baik untuk bekerja.
Bagi mereka yang sudah ada masalah sawan atau epilepsi. Sudah tentu mereka perlu menjaga kesihatan otak saraf agar keadaan sawan dapat terkawal tanpa perlu dinaikkan dose ubat.
Terdapat kajian yang mengemparkan pada 1920. Dengan diet rendah karbohidrat dapat menyebabkan sawan semakin terkawal.
Walaupun kawalan diet mungkin tidak berkesan bagi sesetengah individu (kerana jenis sawan dan punca sawan adalah pelbagai), tapi menjaga diet pemakanan dapat menjamin kesihatan yang sihat.
1 Lemak Sihat
Kenapa penting ambil lemak sihat?
70% otak kita mengandungi lemak.
Dan sel otak memerlukan lemak untuk bantu membentuk membentuk hubungan dengan sel otak yang lain.
Untuk membentuk otak yang sihat, kita perlu memilih lemak yang sihat.
Antara lemak sihat adalah:
- Omega – 3 dari ikan berlemak seperti ikan kembung, sardin, siakap, bawal putih, tongkol.
- Lemak tak tepu adalah lemak dari kekacang dan buahan seperti kacang tanah, almond, minyak olive.
- Lemak tepu seperti minyak kelapa selamat diamalkan kerana tidak akan menyebabkan kegemukan malah sangat dicadangkan oleh mana-mana pakar. Daging juga sumber lemak tepu. Mengandungi b12 yang sangat bagus untuk kesihatan saraf.
Jika dahulu dikatakan lemak haiwan tidak baik untuk kesihatan jantung.
Tetapi, kajian dari MAYO CLINIC pada 2013 mengatakan pengambilan lemak haiwan dapat mengelakkan masalah nyanyuk.
Jadi, bagaimana cara elak masalah kolesterol ketika mengambil lemak?
Elakkan ambil gula ringkas dan makanan mengandungi trans fat.
2 Karbohidrat Kompleks
Apa itu karbohidrat kompleks?
Karbohidrat kompleks seperti nasi, roti, bijirin, buahan dan sayuran.
Jika kita makan karbohidrat kompleks, gula dalam darah tidak akan naik secara mendadak seperti kita makan karbohidrat ringkas.
Anda perlu elakkan karbohidrat ringkas kerana ia boleh menyebabkan paras gula dan insulin tinggi.
Jika ini berpanjangan, bukan saja mengundang kekebalan insulin dan kencing manis. Malah mengganggu fungsi otak dan boleh menyebabkan sawan pada pesakit sawan.
Kenapa otak perlukan karbohirat kompleks?
Kerana otak perlukan tenaga untuk bekerja. Kekurangan tenaga juga boleh menyebabkan serangan sawan untuk pesakit sawan.
Karbohidrat kompleks mengandungi vitamin dan mineral penting untuk mengekalkan fungsi otak dan melindungi otak dari radikal bebas.
Baca ini.. Manfaat Luban untuk masalah sawan dan epilepsi.
>KLIK SINI<
3 Protin sihat
Protin akan membentuk asid amino yang diperlukan untuk hasilkan utusan sel saraf.
Nama utusan ini diberi neurotransmitter.
Jika utusan ini diberi makanan dengan cukup, ia akan dapat menghantar maklumat dari sel saraf ke sel saraf lain dengan baik.
Ada beza protin sihat dan protin tak sihat ka?
Zaman sekarang, ada macam-macam bentuk makanan.
Ada makanan yang terhasil dari kandang dan kebun Ada juga dari makmal dan kilang.
Protien sihat yang penulis maksudkan disini, sumber protien yang dari binatang atau tumbuhan yang asli.
Bukan dari makmal atau diproses di kilang agar menjadi lebih sedap, menarik dan tahan lama.
Makanan organik, bermaksud ternakan memakan makanan yang sebenar. Bukan diberi makanan untuk menaikkan berat badan dan mempercepatkan pertumbuhan.
Dimasak dengan bahan- bahan sihat. Dengan minyak yang sihat. Tidak ada penambah perisa, pewarna, pengawet.
Kenapa kena ambil protien? Apa kaitan protien dan otak?
Mengambil protin dari sumber yang bagus bantu menghasilkan tenaga, stabilkan mood, dan tidur yang lena.
Pastikan penghadaman kita sihat dan cukup vitamin dan mineral penting.
Agar protin yang diambil dapat ditukar kepada asid amino untuk digunakan oleh tubuh.
- Daging merah (yang terbaik dari ternakan memakan rumput)
- Ayam ( sebaiknya ayam hidup bebas dan tidak diberi dedak.
- Ikan (sebaiknya ikan berlemak dan bukan diternak)
- Kekacang yang dimasak atau panggang tanpa garam atau gula berlebihan
- Telur.
- Susu segar (tanpa pemanis tambahan, pelarut dan pengawet)
Kesimpulannya,untuk mendapat nikmat kesihatan. Bukan dengan mengambil ubat semata-mata.
Memilih makanan yang sihat dapat mencegah masalah kesihatan yang kronik. Dan dapat mengelakkan kesihatan yang dialami semakin buruk.
Selain menjaga makan. Apa perlu dibuat agar sawan terkawal dengan baik?
Follow page kami di Ptar Luban HQ agar tidak ketinggalan info seterusnya.
Dapatkan PTAR LUBAN, supplemen untuk kesihatan otak dan saraf anda sekeluarga.
- Categories
- SAWAN, Tips Otak Sihat, and Uncategorized
One thought on “3 MAKANAN TERBAIK UNTUK MEREKA YANG ADA SAWAN EPILEPSI”