VITAMIN DAN MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH PESAKIT SAWAN EPILEPSI
Daripada buku Vitamin That Heal tulisan H.K Bakhru. 4 zat makanan yang sangat baik di ambil oleh mereka yang ada masalah epilepsi.
- KROMIUM
- MAGNESIUM
- GAMA-AMINOBURYRIC ACID
- GLUTAMINE
KROMIUM
Kebanyakan makanan ada kromium. Terutama sayuran hijau seperti brokoli. Mereka yang ambil makanan seimbang dan sihat biasanya tiada masalah kekurangan kromium.
PERLUKAH AMBIL SUPPLEMEN KROMIUM?
Tak perlu. Cukup dengan ambil makanan seimbang. Elak makanan anti nutrisi seperti gluten (dari tepung gandum moden), makanan tinggi proses, bijirin, kekacang dan sayuran yang tidak dimasak dengan baik dan tinggi lectin.
Penyerapan kromium akan lebih baik dengan mengambil makanan yang tinggi vitamin C.
MAGNESIUM
Magnesium mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh.
Kekurangan magnesium selalu dikaitkan dengan masalah penyakit kronik kaitan saraf, penghadaman, mental dan banyak lagi.
PERLU AMBIL SUPPLEMEN?
PERLU ambil jika ada masalah di bawah.
Kekejangan otot, sawan, perubahan personaliti, gelisah, murung,jantung berdebar-debar,, kebas, kesemutan, sembelit, sakit kepala, kekejangan kaki pada waktu malam, dan mengigil.
Siapa digalakkan ambil magnesium?
Magnesium diperlukan dalam jumlah yang tinggi dalam tubuh jika kita selalu stress, bersukan, tidur lewat, mengandung,
Jangan ambil jika ada masalah
- Rentak jantung yang tidak sekata.
- Masalah buah pinggang
- Tekanan darah rendah
- Mengambil ubat baloxavir marboxil dan raltegravir.
Saya cadangkan anda ambil magnesium Elementz kerana ia menggunakan magnesium yang mudah serap pada kulit dan usus. Iaitu magnesium chloride.
Dan tiada bahan campuran lain selain air dan magnesium chloride semata-mata.
Klik sini untuk baca lebih lanjut tentang magnesium Elementz
>> Magnesium Elementz
Gamma-aminobutyric acid (GABA)
GABA ialah asid amino bukan protein yang terdapat dalam banyak makanan, termasuk:
Sayur-sayuran: Bayam, brokoli, kentang, tomato, kubis, kembang kol, pucuk Brussels, dan ubi keledek
Buah-buahan: Citrus dan berry
Kacang: Walnut, badam, buah berangan, dan bijirin
Kacang: Kacang fava, kacang soya, dan kacang adzuki
Ikan: Udang dan halibut
Cendawan: Shiitake
Bijirin: Bijirin penuh dan biji-bijian bercambah
Makanan dan minuman yang ditapai: Tempe, dadih, asam durian, tape singkong, ikan budu, sake, yogurt-sake, masam, bir mulberi, kimchi dan keju zlatar
Teh: Teh putih, hijau, hitam dan oolong
Aktiviti GABA yang rendah membawa kepada kebimbangan, kemurungan, insomnia, dan gangguan mood. GABA ialah penenang otak semula jadi yang membuatkan kita berasa baik.
Glutamine
Glutamin ialah asid amino yang terdapat dalam banyak makanan, termasuk protein haiwan dan tumbuhan:
Protein haiwan
Daging lembu, ayam, kambing,ayam belanda, makanan laut, kerang, telur, yogurt, susu, keju dan tauhu
Protein tumbuhan
Kubis, kubis merah, bit, bayam, pasli, kacang ginjal, kacang soya, dan bijirin penuh
Makanan yang tinggi protein dan mengandungi peratusan glutamin yang agak tinggi adalah sumber terbaik.
Glutamin kadangkala dipanggil "bahan api untuk sistem imun". Kepekatan glutamin yang rendah dalam darah boleh menjejaskan fungsi sel imun, dan meningkatkan risiko kematian akibat jangkitan.
Tapi, kuantiti glutamin yang tinggi juga boleh menyebabkan kesan sampingan, seperti darah dalam air kencing, perubahan warna kulit, sakit pinggang, degupan jantung yang cepat, pening atau ruam.
Bersederhana, dan ambil makanan seimbang adalah cara yang terbaik.