7 Pantang Larang Perlu Dielakkan Pesakit Sawan
" Adakah ini yang dipantangkan oleh doktor"
Tanya pembaca di Facebook.
Biasanya temujanji dengan pakar saraf mengambil masa yang tidak cukup untuk berbual semua perkara.
Ini kerana jumlah pesakit yang ramai dan doktor juga perlu fokus pada perkara yang lebih penting agar dapat buat keputusan lebih tepat pada pesakit.
Tapi ada juga doktor yang baik sudi meluang masa sedikit dengan berpesan dan berkongsi sedikit petua.
Perkongsian dalam artikel ini walaupun tidak pernah didengar oleh doktor yang anda jumpa ketika temujanji. Tapi ia adalah informasi yang betul dan dicedok dari sumber yang boleh dipercayai.
Penulis harap pembaca dapat membaca dan fahamkan betul-betul mengapa ada benda perlu dipantang bagi mengelak salah faham.
[ Ini adalah untuk tujuan maklumat tambahan sahaja. Untuk nasihat perubatan atau diagnosis, rujuk profesional. ]
Isi Kandungan
- Guna Minyak Angin
- Jangan Berhenti Ubat Hospitak Secara Mendadak
- Terlalu lama terdedah pada cahaya skrin
- Tidur Lewat
- Terlalu Stress
- Mengambil Makanan Yang Boleh Menyebabkan Sawan
- Aktiviti Yang Berisiko
1 GUNA MINYAK ANGIN
Sakit kepala menyebabkan ramai yang memilih untuk memakai minyak kepala. Namun, hati-hati bila memilih minyak untuk dipakai.
Antara minyak pati yang tidak sesuai untuk pesakit sawan adalah :
- sage,
- hyssop,
- rosemary,
- camphor,
- pennyroyal,
- eucalyptus,
- cedar,
- thuja,
- dan fennel.
Kerana ia mengandungi thujone, 1,8-cineole, camphor atau pinocamphone, yang telah dikenal pasti sebagai agen penyebab sawan.
Minyak cap kapak paling ramai orang guna ada camphor.
Vicks juga boleh menyebabkan sawan jika digunakan berlebihan. Vicks tidak boleh digunakan pada anak usia bawah 2 tahun walaupun sihat tanpa sawan. Malah Vicks sendiri ada memberi amaran di label tentang perkara ini.
2. JANGAN BERHENTI AMBIL UBAT HOSPITAL SECARA MENDADAK TANPA PANTAUAN DOKTOR
Menurut NHS, anda tidak seharusnya berhenti secara tiba-tiba mengambil ubat anti-sawan kerana ia boleh menyebabkan sawan.
Jika anda tidak mengalami sawan selama beberapa tahun, anda boleh bertanya kepada doktor anda jika anda boleh berhenti mengambil ubat anti-sawan.
Mereka mungkin mengurangkan dos anda secara beransur-ansur dari semasa ke semasa jika mereka fikir ia selamat.
Anda harus berunding dengan pakar neurologi dan mempertimbangkan potensi manfaat dan risiko sebelum menghentikan ubat anti-sawan anda.
Risiko sawan berulang selepas menghentikan ubat anti-sawan bergantung pada sindrom epilepsi dan faktor risiko lain, tetapi sekitar 30-50% pesakit akan berulang.
Menghentikan ubat anti-sawan secara tiba-tiba boleh menyebabkan gejala sawan withdrawal, termasuk sawan yang mengancam nyawa.
Kebanyakan orang tidak mengalami simptom jika ubat ditarik balik secara perlahan, tetapi beberapa ubat anti sawan yang boleh menyebabkan gejala sawan termasuk: Phenobarbital, Diazepam, Clonazepam, Clobazam dan Phenytoin.
Jika ubat perlu dihentikan secara tiba-tiba, ia biasanya dilakukan di hospital dengan pengawasan rapi.
Sumber rujukan ke 2
Sumber rujukan ke 3
3. TERDEDAH PADA CAHAYA SKRIN TERLALU LAMA ATAU CAHAYA KONTRA DAN TERANG
Pada petang Disember 16, 1997, hampir 700 individu yang tinggal di Jepun telah dibawa ke hospital dan dirawat setelah mengalami pelbagai simptom akut.
Episod ‘Electric Soldier Porygon’ yang telah disiarkan petang tersebut bukan sahaja menyebabkan sawan, malah ramai lagi kanak-kanak dan orang dewasa rasa mual dan pening kepala setelah menonton episod itu.
Pancaran biru/merah ini digunakan berkali-kali dalam episod tersebut dan paling lama disiarkan selama 6 saat.
Pada pukul 6.50 petang, kebanyakan pesakit sudah mula rasa pening-pening.
Selepas episod tersebut ditayangkan, hospital di seluruh Jepun mula menerima pesakit yang mengadu pening dan sawan setelah menonton Pokemon.
Apa Itu Sawan Fotosensitive?
- Sejenis sawan yang dicetuskan akibat pancaran cahaya yang terang dan kontra seperti corak bergaris ataupun kotak-kotak.
- Orang biasa akan rasa pening kepala, tidak selesa dan mual jika ditayangkan dengan corak yang kontra dalam masa yang lama.
- Bagi pesakit epilepsi, akan terus diserang sawan jika melihat pancaran cahaya ini.
Sebagai ibu bapa, penting untuk anda mengawasi anak anda ketika mereka sedang menonton kartun.
Selain itu, jangan benarkan mereka duduk terlalu dekat dengan kaca televisyen. Jika boleh, hadkan masa mereka bermain permainan video.
Mana tahu, perkara-perkara tersebut boleh jadi punca atau penyebab mereka diserang sawan!
Walau bagaimanapun, bukan semua jenis grafik akan menjadi punca sawan.
Hanya grafik dengan gabungan warna dan kadar frekuensi tertentu sahaja yang boleh membuatkan individu yang menghidap epilepsi fotosensitif mengalami sawan.
Terlalu lama terdedah pada skrin boleh menyebabkan masalah tidur.
Baca lagi, kesan tidur lewat dan kurang kualiti tidur
4. TIDUR LEWAT
Bolehkah kurang tidur mencetuskan sawan?
Sawan sangat sensitif terhadap corak tidur. Sesetengah orang mengalami sawan pertama dan mungkin berlaku sekali saja selepas "sepanjang malam" berjaga di kolej atau tidak tidur lena untuk tempoh yang lama.
Jika anda menghidap epilepsi, kekurangan "tidur yang nyenyak" menyebabkan kecenderungan untuk mendapat sawan adalah tinggi. Ia juga boleh meningkatkan kekuatan dan jangka panjang masa sawan. Sesetengah jenis epilepsi boleh menyebabkan masalah tidur.
5 TERLALU STRESS
Stress yang teruk dan berterusan dalam jangka masa lama boleh menyebabkan risiko sawan.
[+] Stress menyebabkan badan mengeluarkan hormon kortisol berlebihan dari biasa.
[+] Boleh menyebabkan otak mengeluarkan hormon yang memberi kesan kepada kawasan otak yang sama yang mengawal emosi juga boleh menjadi bahagian otak di mana sawan bermula.
[+] Boleh menyebabkan masalah tidur, kurang tidur kualiti boleh mencetuskan sawan.
[+] Stress kronik boleh membawa kepada kebimbangan atau kemurungan, dan masalah tidur adalah gejala masalah mood ini. Menjadi cemas dan tertekan juga boleh memburukkan lagi tekanan, menyebabkan kitaran ganas dengan lebih banyak sawan dan masalah mood.
Satu kajian baru-baru ini mendapati bahawa 90% orang yang mengambil langkah untuk menguruskan tekanan dalam kehidupan mereka percaya ia mengurangkan risiko sawan mereka.
[+] Boleh menyebabkan sawan non epileptik psikogenik (PNES). PNES dianggap bersifat psikiatri dan boleh menjadi tindak balas yang melampau kepada tekanan dan kebimbangan.
[+] Boleh menyebabkan masalah tidur, kurang tidur kualiti boleh mencetuskan sawan.
[+] Stress kronik boleh membawa kepada kebimbangan atau kemurungan, dan masalah tidur adalah gejala masalah mood ini. Menjadi cemas dan tertekan juga boleh memburukkan lagi tekanan, menyebabkan kitaran ganas dengan lebih banyak sawan dan masalah mood.
[ Ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Untuk nasihat perubatan atau diagnosis, rujuk profesional. ]
SUmber
6 MENGAMBIL MAKANAN YANG BOLEH MENYEBABKAN SAWAN TERJADI
Walaupun tiada diet yang betul-betul terbukti berkesan dapat elakkan sawan menyerang. Tapi ramai yang memberi maklum balas sawan semakin terkawal, atau sawan tidak seteruk sebelumnya setelah berhenti mengambil makanan tertentu.
7 Makanan Disarankan Untuk Dielakkan Atau Dikawal Pengambilan Agar Sawan Tidak Menjadi Teruk
1 Tepung Gandum
Bagi sesetengah orang, gluten boleh bertindak sebagai toksik saraf.
Gandum yang diimport ke Malaysia kebanyakan dicemari racun glyposate dan telah diubah suai genetik.
Bagi sesetengah orang, ia boleh menyebabkan sawan. (3)
Kerana, gluten ganggu penghalang darah dalam otak, dan membawa pelbagai toksik dan masalah saraf pada otak.
Dan gluten dalam tepung gandum juga menyebabkan sesetengah orang mengalami kekurangan vitamin B.
Kekurangan vitamin b juga menyebabkan masalah saraf.
Dilaporkan semakin ramai orang yang mengalami alahan dan alergik pada gluten.
Jadi, penting untuk anda periksa samada anda ada alahan pada gandum atau tidak.
2 Makanan Tinggi Gula Ringkas
Peningkatan paras gula dalam saluran darah boleh menyebabkan berlakunya serangan sawan. (4)
Sebab itu sebaiknya kita elakkan terus makanan atau minuman gula ringkas seperti kek, biskut, gula-gula, minuman tin, cereal sarapan pagi dan roti putih.
Kajian pada tahun 1920, diet yang kurang pengambilan gula ringkas sangat membantu pesakit epilepsi.
3 Lemak Trans
Lemak trans boleh menyebabkan kemusnahan sel, mendatangkan malapetaka pada pengeluaran hormon, menjejaskan memori dan meningkatkan keradangan di otak.
Keradangan di otak boleh menghalang pengeluaran asid lemak Omega 3 badan. Omega 3 adalah penting untuk fungsi otak.
Otak kita memerlukan lemak semulajadi untuk berfungsi dengan baik. Tetapi lemak trans lebih berbahaya daripada kebaikan. (5)
Ada kajian telah menunjukkan bahawa tahap lemak trans yang tinggi boleh mengurangkan pengeluaran serotonin dalam otak, yang membawa kepada kemurungan serta menjejaskan daya ingatan.
Oleh itu, disyorkan elakkan lemak terhidrogen dan makanan diproses seperti:
marjerin, kek, donut, pizza, pop corn, peanut butter, kreamer dalam kopi, keropok jajan, potato chip, fast-food, makanan bergoreng.
4 Aditif Makanan Berisiko
Pemanis tiruan
Sesetengah orang melaporkan bahawa bahan tambahan makanan seperti pemanis tiruan boleh mencetuskan sawan, menurut Persatuan Epilepsi.
Walaupun lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan hubungan ini.
Terdapat beberapa kajian awal untuk mencadangkan bahawa pemanis tiruan seperti aspartam mungkin menjadikan anda lebih terdedah kepada sawan.
Dari Mayo Clinic, makanan yang mengandungi pemanis tiruan termasuk:
- Minuman Soda
- gula-gula
- Puding pra campuran
- Barang bakar yang dibungkus
- Makanan dalam tin
- Jem dan jeli
MSG
MSG, dianggap sebagai "excitotoxins".
Kerana ia merangsang sel-sel saraf untuk terbakar dengan cepat dan terbakar, yang boleh mencetuskan sawan di otak.
MSG digunakan secara meluas dalam industri makanan dan restoran sebagai penambah rasa — ia meningkatkan rasa makanan yang berdaging dan berperisa.
Mengelakkan MSG boleh menjadi sukar kerana begitu banyak produk makanan yang dijual di kedai runcit dan digunakan di restoran mengandunginya.
MSG sering disenaraikan pada label makanan sebagai "perasa," kerana pengeluar tahu bahawa MSG telah membangunkan reputasi yang buruk.
Perlu diingat bahawa makanan segar dan semula jadi tidak sepatutnya memerlukan peningkatan rasa.
5 Kafien
Walaupun masih perlu banyak kajian kaitan kafien dan sawan. (7)
Ada beberapa kes kajian mendapati pengambilan kafien menyebabkan kekerapan sawan meningkat.
Namun, ada juga yang berlaku adalah sebaliknya.
Mengambil kafien secara berlebihan - Ada kes di mana pesakit sawan semakin kerap sawan setelah mangambil kopi secara berlebihan.
Mengganggu tidur - Jika kafien mengganggu kualiti tidur anda, ia boleh menyebabkan masalah sawan.
' Caffiene withdrawal' - Bagi pesakit yang sememangnya sudah biasa mengambil kopi, sawan semakin teruk apabila berhenti minum kopi secara mendadak. Bagi mereka yang mengalami masalah ini, kurangkan pengambilan kopi. pilih kopi yang tidak ditambah marjerin dan bahan aditif lain. Sebaiknya kopi yang hanya dibakar dengan biji kopi semata-mata. Pilih jenis kopi arabica premium yang kurang kandungan kafien. Sehari secawan 8 oz sudah memadai.
Kafien ganggu ubat anti-sawan - Bincang dengan doktor anda jika jenis ubatan yang anda ambil boleh terganggu dengan pengambilan kafien.
Kafien boleh didapati di
- Minuman soda
- Kopi
- Teh
- Minuman bertenaga
6 Makanan Yang Menyebabkan Alahan / Alergy
Daripada komuniti Epilepsy foundation.
Terdapat pesakit yang mendapat serangan sawan selepas memakan makanan alahan dan alergik.
Ada juga ia memberi kesan selepas beberapa hari mengambil makanan tersebut.
Dan apabila berhenti mengambil makanan tersebut, keadaan pesakit semakin baik.
Dalam laman sesawang U.S Food and Drug (FDA), alahan makanan dan jenis hipersensitiviti makanan lain menjejaskan berjuta-juta rakyat Amerika dan keluarga mereka.
Untuk kenal pasti samada anda ada alahan pada makanan tertentu, seeloknya buat 'food diary' atau 'alergy test'.
Untuk kenal pasti samada anda ada alahan pada makanan tertentu, seeloknya buat 'food diary' atau 'alergy test'.
7 Buah
Pisang
Anak anda didiagnosis mempunyai epilepsi atau sawan. Buah yang dia suka adalah pisang.
Kajian, potassium dari pisang boleh menyebabkan risiko sawan pada pesakit sawan. (9)
Ini berlaku kerana potassium adalah mineral elektrolit.
Jika terlalu banyak boleh menyebabkan sawan.
Sehari sebiji mungkin tidak membawa sebarang masalah.
Jus Delima, Jus Limau Gedang dan Air Kelapa(10)
Walaupun sesetengah pesakit mengambil jus ini mencetuskan sawan.
Menurut Persatuan Epilepsi jus delima dan jus limau gedang - mungkin meletakkan anda lebih berisiko untuk kesan sampingan daripada ubat epilepsi biasa seperti carbamazepine, diazepam dan midazolam, .
Tanya doktor anda tentang makanan tertentu untuk dielakkan berdasarkan ubat anda.
7 Melakukan Aktiviti Berisiko Dan Mengendalikan Mesin Berbahaya
Serangan sawan adalah perkara yang kita tidak boleh kawal.
Boleh terjadi bila-bila masa yang semestinya tiada siapa pun inginkan ia berlaku.
Pesakit sawan perlu elak melakukan aktiviti berisiko dan mengendalikan mesin berbahaya bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Penyakit kritikal bukan saja ganggu fizikal tubuh seseorang.
Malah boleh beri kesan pada kehidupan dan hubungan.
Apapun ujian, semoga anda dapat hadapi dengan tenang.
Kerana dunia ini hanyalah ujian semata-mata.
Anda mungkin berminat membaca artikel berkaitan..
Adakah benar Luban bantu kawal sawan?
7 Makanan Perlu dielakkan oleh sawan
3 Makanan Baik Untuk Sawan