Makanan Menyebabkan Simptom ADHD & Autisme Semakin Teruk.

Ada banyak makanan yang tidak sihat untuk otak.
Antaranya makanan tinggi gula ringkas, makanan tinggi proses, dan tinggi logam berat.
Yang sudah tentu tidak sihat untuk anak ADHD, Autisme dan kanak-kanak normal.
Tapi pada penulisan kali ini saya ingin kongsikan makanan yang sering diberikan kepada anak ADHD dan autisme.
Roti dan susu adalah makanan yang mudah diberikan kepada anak kecil.
Makanan ini juga kegemaran anak kecil.
Kenapa dengan roti dan susu?
Bukankah dua ini makanan yang sihat?
Sebelum itu, kita fahamkan masalah tumpuan ADHD dan Autisme.
MASALAH TUMPUAN ADHD DAN HIPERAKTIF PADA AUTISME
ADHD bermaksud kanak-kanak tersebut mengalami masalah genetik hingga menyebabkan masalah tumpuan.
Kita semua sedia maklum, pakar kata ADHD itu disebabkan oleh masalah genetik.
Masalah genetik yang menyebabkan otak kanak-kanak tidak dapat menerima ransangan yang cukup untuk neuron bercabang dan cipta sinaps baru.
Ini menghalang perkembangan otak.
Segala yang menghalang perkembangan otak akan menyebabkan masalah tumpuan dengan hiperaktif atau tanpa hiperaktif.
Autisme pula adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi komunikasi, tingkah-laku dan emosi.
Setiap mereka yang autisme adalah unik dan berbeza antara satu sama lain.
Kedua-dua ADHD dan Autisme mempunyai persamaan,
Iaitu,berlaku keradangan dalam otak.
Disebabkan reaksi imun yang berlebihan.
Keradangan berlaku kerana kekurangan GABA.
Atau kerana masalah pengumpulan glutamate yang tidak dapat ditukar kepada GABA.
Bila ini berlaku, apa-apa ransangan otak seperti tekanan, aktiviti fizikal atau kehadiran peptida disebabkan masalah kebocoran usus (leaky gut). Ini akan menyebabkan berlaku keradangan saraf yang berterusan tanpa kawalan.
Pada mereka yang ada Autisme. Keradangan saraf akan menyebabkan si autisme ini ingin melakukan stimming (self- stimulating behavior).
.
ROTI DAN SUSU LEMBU BUKAN LAGI MAKANAN YANG SIHAT
Roti dan susu lembu bukan punca anak mendapat autisme atau ADHD.
Tapi ia salah satu punca keradangan pada otak mereka yang simptom ADHD, Autisme.
Roti dan susu yang macam mana tidak elok tu?
Bagaimana roti dan susu boleh menyebabkan keradangan?
Teruskan membaca..
Roti
Roti yang diperbuat dari tepung gandum yang biasa dikomersialkan dari negara-negara pengeluar gandum terbesar didunia seperti Amerika, Kanada, Ukraine. Biasanya menghasilkan gandum jenis GMO.
Gandum jenis GMO ini lebih besar dan lebih banyak hasil berbanding gandum organik.
Teknik penanaman juga memerlukan lebih banyak baja dan pestisid.
Ini menyebabkan gandum GMO ini mempunyai lebih tinggi kandungan gluten.
Selain itu, kaedah penanaman yang memerlukan tinggi pestisid juga punca menyumbang kepada keradangan.
Jika ingin memakan roti juga?
Alternatifnya boleh dapatkan roti dari gandum einkorn.
Atau, membuat roti dari tepung jagung, tepung kentang, tepung ubi, tepung beras.
Tepung gandum einkorn anda masih boleh dapatkan daari negara-negara seperti Turki, Yaman, Syria dan banyak lagi.
Mungkin sebab tu mereka disana makan roti cecah minyak zaitun sihat-sihat belaka, manakala kita disini makan roti dapat penyakit.
Baca artikel seterusnya.... klik pada tulisan di bawah
>> Adakah PTAR LUBAN dapat membantu anak ADHD dan Autisme?
Susu
Susu komersial zaman sekarang (lembu tompok hitam putih) ni tak sama susu lembu baka india atau lembu kampung.
Protein pada susu lembu jenis ini (casien A1) lebih tinggi keradangan.
Protein casien A1 juga lebih berisiko menyebabkan sakit jantung berbanding susu lembu baka kurang komersial seperti lembu tempatan kita.
Semakin ramai orang zaman sekarang alergi protein susu lembu terutama casien A1.
Antara tanda-tanda alahan susu casien A1. Selepas minum susu akan jadi kembung, cirit, sakit kepala atau penyakit keradangan seperti ekzema, asma jadi teruk. Bagi bayi pula, asyik menangis, kembung perut dan mungkin najis ada sedikit lendir.
Alternatif susu yang lebih selamat.
Susu protin casien A2 lebih selamat dari casien A1.
Contoh susu protin casien A2 adalah susu kerbau, susu lembu baka india/ kampung (warna kuning) dan susu kambing.
Bayi bawah 1 tahun boleh diberikan susu beras yang diformulasikan dan dikurangkan arsenik.
Pastikan susu casien A2 itu organik, tidak dicampur dengan sebarang gula tambahan, perasa tambahan, pemekat atau filler.
Susu dari kekacang seperti almond juga pilihan mereka yang berpantang susu lembu
Apa Yang Berlaku Jika ADHD dan AUTISME Mengambil Roti dan Susu Lembu?
Apa yang berlaku jika ADHD dan Autisme menjadikan roti dan susu lembu sebagai diet harian?
Roti dan susu lembu menyebabkan penghasilan peptida dan histamin dari penghadaman.
Dihantar ke otak dan menyebabkan pengumpulan glutamate.
Pengumpulan glutamate yang tidak dapat ditukar kepada GABA menyebabkan keradangan pada saraf otak.
Semakin banyak bukti saintifik menunjukkan kesan gluten bukan hanya beri kesan kepada perut.
Tetapi kesannya menyerang saraf dan otak.
Kesan Pantang Roti Dan Susu Lembu
Biasanya mereka yang ada celiac disease yang akan disarankan elak ambil makanan bergluten tinggi.
Tapi, ramai mereka yang ada kemurungan dan anxiety( kegelisahan melampau) yang memilih untuk berpantang gluten dan susu lembu. Keadaan mereka semakin stabil walaupun mereka tidak ada tanda-tanda masalah celiac disease.
Kanak-kanak ADHD dan autisme yang berpantang gluten dan susu lembu juga dilaporkan daya tumpuan, emosi dan tingkahlaku mereka semakin baik.
Bukan anak autisme dan ADHD saja, mereka yang ada masalah alahan dan angin juga perlu elakkan makanan ini.
Baca seterusnya.... klik tulisan di bawah
>> Adakah PTAR LUBAN dapat membantu anak ADHD dan Autisme?
Sumber rujukan:
Blomberg, H. (2015). The rhythmic movement method: A revolutionary approach to improved health and well-being. Balboa Press. (Bab 14, Food intolerance)

