5 CARA PESAKIT SAWAN MENGHADAPI MASALAH INGATAN MEMORI

Tidak pelik bagi pesakit sawan mempunyai masalah memori atau mudah lupa. Masalah lupa pada pesakit sawan epilepsy berlaku disebabkan beberapa perkara.

PUNCA MASALAH LUPA PADA PESAKIT SAWAN EPILEPSI

Ada banyak punca terjadinya masalah lupa. Antaranya

- Stress
- Kurang tidur
- Usia
- Pembedahan/ kecederaan 
- Sawan

Baik, kita fokus pada masalah memori kerana sawan. 

Biasanya, ketika sawan berlaku. Kita tidak dapat ingat atau mungkin hanya sedikit ingatan ketika sedang sawan. 

Kerana ketika sawan otak tidak dapat menyimpan mamori baru.

Otak memerlukan sedikit masa untuk pulih dari sawan. 

Ada orang mengalami 'sawan umum' yang menjejaskan semua bahagian otak. 
Ada orang mempunyai 'sawan fokal' yang hanya menjejaskan hanya  sebahagian otak. 
Sesetengah orang mempunyai kedua-dua sawan umum dan fokal.
Masalah ingatan boleh berlaku dalam semua jenis sawan epilepsi.

Jenis masalah ingatan yang anda alami akan bergantung pada punca sawan anda dan bahagian otak anda yang terjejas.
Selepas sawan. Anda mungkin mengalami kesukaran mengingati maklumat terus selepas sawan. 

Tempoh masa yang diambil untuk ingatan kembali normal boleh berbeza bagi setiap orang.
Setiap orang, serangan sawan adalah berbeza dan  bahagian otak yang terjejas.

Maka,ada orang mengalami masalah sukar menyimpan maklumat baru. Ada orang mengalami masalah sukar mengingat maklumat lama.

CARA MENGHADAPI MASALAH LUPA PADA PESAKIT SAWAN EPILEPSI

  1. Ikhtiar Untuk Kawal Sawan

Risiko mengalami masalah ingatan dalam tempoh yang lama jika sawan terlalu kerap dalam tempoh masa yang singkat. 

Ini mungkin berlaku kerana otak tidak mempunyai masa yang cukup untuk pulih sepenuhnya dari sawan.

Ikhtiar untuk kurangkan kekerapan sawan penting agar kualiti hidup tidak terganggu. Jangan lupa ambil ubatan yang diberikan doktor dalam dose yang disarankan. Jika tidak sesuai, beritahu pada pakar saraf anda.

Ambil tahu juga perkara-perkara yang menyebabkan anda sawan. Setiap orang punca sawan berbeza-beza. Ada yang tidak boleh terlalu lama melihat skrin. Terlalu penat. Makan makanan tinggi gula dan berlemak. Dan macam-macam lagi.

Baca ini juga

7 Makanan Perlu Dielakkan Untuk Pesakit Sawan.

  1. ‘Pill Box’

Pill Box boleh bantu mengingatkan anda untuk mengambil

ubat dan berapa banyak tablet

ambil. 

Mereka biasanya mempunyai tujuh kotak kecil untuk menyimpan ubat. 

Satu untuk setiap hari dalam seminggu. Setiap bekas adalah

dibahagikan kepada beberapa bahagian, untuk pagi,

petang, dan petang.

Dengan Pill Box anda boleh lihat sepintas lalu bahawa anda

telah mengambil ubat, dan elakkan mengambilnya

silap-silap dua kali.

Gunakan ini bersama Reminder phone anda.

  1. Alarm, Reminder Dari Phone Anda

Alarm phone, smart watch boleh digunakan untuk bantu ingatkan anda. 

Sebagai contoh, Guna google calender dan setkan reminder untuk bantu ingatkan anda hari-hari penting.

Alarm phone boleh berbunyi pada waktu-waktu anda perlu makan ubat atau mengambil anak di sekolah.

Kini terdapat banyak aplikasi yang bantu ingatkan anda. Anda juga boleh kerap mengambil gambar agar tidak lupa pada peristiwa-peristiwa penting.

  1. Ambil Luban Untuk Tingkatkan Potensi Otak

Luban bukan saja mempunyai manfaat sebagai anti-sawan. Tapi ia juga bantu meningkatkan daya ingatan dan keupayaan untuk memahami suatu perkara.

Luban ini sejenis herba yang digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk kesihatan saraf dan otak.

Baca juga ini..

3 Manfaat Luban Untuk Pesakit Sawan

luban carterii Ptar Luban
  1. Belajar TeknikMengingat Dan Latihan Otak

Seperti otot lengan. Nak besarkan, kuatkan otot perlu latihan dan nutrisi yang bantu kuatkan otot.

Boleh tak kalau kita makan makanan sihat, tapi bergerak aktif?
Boleh tak kalau kita buat senaman dan latihan otot tanpa makan makanan sihat?

Hasilnya tentu tidak seberapa bukan?

Sama juga seperti otak. Otak juga perlu latihan. Otak juga perlu nutrisi agar sel-sel berhubung dengan baik.

Latihan otak seperti belajar teknik menghafal, belajar perkara baru, membaca akan menjadikan otak membina jaringan sel saraf yang baru dan maklumat dihantar antara sel-sel saraf.

Herba luban bantu lancarkan dan besarkan laluan pergerakan maklumat antara sel saraf. Dan bantu melindungi sel saraf dari kerosakan akibat keradangan.

Gabungan dua kaedah ini menjadikan saraf otak semakin baik.

Kesan buruk dari sawan jika tidak dirawat beri banyak impak pada kehidupan.
Bukan sekadar menyebabkan masalah lupa. Ia juga beri kesan pada perubahan personaliti, mood emosi dan keupayaan berfikir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *