November 22, 2022Last updated : November 24, 2022adminptar
Perhatikan gambar sel-sel otak A dan B. Gambar B lebih banyak cabang pokok berbanding A.
Gambar ini diambil ketika kajian luban pada tikus wistar. Kajian ini untuk mengetahui kesan luban pada otak dua kumpulan tikus, A dan B.
Tikus kumpulan A tidak mendapat ekstrak luban, manakala kumpulan B mendapat ekstrak selama 8 minggu.
Kemudian tikus-tikus ini diuji dengan permainan Morris water maze. Selepas ujian, otak tikus dikeluarkan untuk diperhatikan.
Hasilnya, mereka dapati tikus dari kumpulan B lebih cepat belajar dan melepasi halangan permainan. Dan cabang dendrit tikus kumpulan B lebih subur berbanding tikus kumpulan A.
Patutlah tikus dari kumpulan lebih cepat memahami permainan Morris maze, kerana sel otak mereka lebih subur dan sihat.